Kisah Saya Mengalami Gastrik & Masalah Angin Dalam Badan


Pada 28 Dec 2012 aku mengalami sesak nafas ketika itu aku di KLIA bersama adik dan rakan ku .Masa itu agak panik juga sebab dah pukul 2:00pagi mana nak cari klinik ??
Tapi dengan kuasa allah aku terjumpa hospital sime darby subang jaya dan dimasukkan di ICU dan 1st time dibawa menggunakan kerusi roda ... waktu tu cuma ingat Allah sahaja tapi Allah masih memberi peluang pada ku untuk terus hidup.Tekanan darah waktu tu meningkat sehingga 190 dan di X -ray serta jantung aku diperiksa alhamdullilah Dr singh tu cakap cuma angin sahaja .Jantung ok & darah pun dah normal

Sejak detik itu aku mengalami ketidakselesaan dan rasa nak mati aja sebab nak bernafas pun susah... berat badanku turun sehingga 5 kg sebab tak lalu makan 
pelbagai ubat ,jumpa bomoh,berurut ,bekam tapi kesan nya masih sama tak sembuh jugak
akhirnya aku pun pergi ke specialist hospital di Bagan Ajam penang untuk menjalani Scoop dan scan takut ada ketumbuhan @ batu di hempedu ... alhamdullilah tiada apa yang negatif cuma Dr cakap
"you punya perut ada masih gas so kena control makan dan saya bagi ubat"

ni keputusan Scoop


Normal

Badan ku mula sakit2 ,mata pun nak mula rabun ,sakit pada dada sebelah kiri Ohh!!! seksanya