Punca Utama Terjadi Masalah Gastrik

Berdasarkan dari pengalaman saya berjumpa ramai doktor termasuklah swasta & kerajaan semua kebanyakkan mengatakan perkara di bawah PUNCA UTAMA TERJADINYA MASALAH GASTRIK.

1) STRESS

  • Stress - Merupakan faktor sekitar kita antaranya stress di tempat kerja, Masalah family & Masalah kewangan merupakan faktor utama 

  • Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.

  • Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

    • –  ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

–  Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai “eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan sebagai “distress.”

infomasi https://kl.utm.my/pendaftar/files/2017/10/Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-Ismaal.pdf

2) gaya hidup 
- Anda lihat diri anda dan jawab perkara di bawah


  • Adakah anda merokok / Minum minuman alkohol
  • Adakah anda senaman 3 kali seminggu
  • Adakah anda berpeluh setiap hari 
  • skip breakfast @ tahan lapar sebab sibuk dengan tugasan

3) pemakanan
  • suka makanan yang pedas & masam
  • gemar minuman berkafien secara kerap
  • suka makanan berminyak 
  • suka makanan manis 

4) symptom penyakit 
- kolesterol
- asid urik tinggi
- darah tinggi
- kencing manis
- kulit kasar dan suram
- kaki rasa kebas & bersemut
- sakit pinggang 
- selalu sakit kepala
- senggal badan
- terbang urat tengkuk
- mata bertaik mata 
- selalu mengantuk lepas makan.


Kisah Saya Mengalami Gastrik & Masalah Angin Dalam Badan


Pada 28 Dec 2012 aku mengalami sesak nafas ketika itu aku di KLIA bersama adik dan rakan ku .Masa itu agak panik juga sebab dah pukul 2:00pagi mana nak cari klinik ??
Tapi dengan kuasa allah aku terjumpa hospital sime darby subang jaya dan dimasukkan di ICU dan 1st time dibawa menggunakan kerusi roda ... waktu tu cuma ingat Allah sahaja tapi Allah masih memberi peluang pada ku untuk terus hidup.Tekanan darah waktu tu meningkat sehingga 190 dan di X -ray serta jantung aku diperiksa alhamdullilah Dr singh tu cakap cuma angin sahaja .Jantung ok & darah pun dah normal

Sejak detik itu aku mengalami ketidakselesaan dan rasa nak mati aja sebab nak bernafas pun susah... berat badanku turun sehingga 5 kg sebab tak lalu makan 
pelbagai ubat ,jumpa bomoh,berurut ,bekam tapi kesan nya masih sama tak sembuh jugak
akhirnya aku pun pergi ke specialist hospital di Bagan Ajam penang untuk menjalani Scoop dan scan takut ada ketumbuhan @ batu di hempedu ... alhamdullilah tiada apa yang negatif cuma Dr cakap
"you punya perut ada masih gas so kena control makan dan saya bagi ubat"

ni keputusan Scoop


Normal

Badan ku mula sakit2 ,mata pun nak mula rabun ,sakit pada dada sebelah kiri Ohh!!! seksanya

5 Tip Sembuh Dari Gastrik @ Angin Dalam Badan